Assalamuaikum dan salam sejahtera. Post kali ini saya nak share tentang mata kail udang galah "mata maut" iaitu istilah yang digunakan oleh para pemancing. Korang pernah dengar tak? Mungkin ramai yang sudah tahu tentang "mata maut" dan telah lama menggunakan mata kail ini. Bagi yang tertanya-tanya...jom korang kena baca sampai habis artikel ni okay.
●Apa sebenarnya "mata maut" ini?
Haaa kalau korang nak tahu inilah "mata maut" untuk memancing udang galah.
Haaa ini pula mata kail udang yang boleh didapati di kedai-kedai mancing.
Kalau diperhatikan korang boleh nampak perbezaan antara mata "maut" dan mata kail yang biasa kan. Dari segi bentuk dan lengkungan memang banyak beza betul tak. Mata kail "maut" ini tidak terdapat atau dijual kat kedai mancing.
●Bagaimana cara mendapatkan dan membuatnya?
Cara membuatnya cukup mudah. Pertama sekali, korang dapatkan mata kail udang yang biasa tu tak kira saiz kecil atau besar.
Kemudian korang perlu modified menggunakan playar muncung tirus.
Sangat mudah, cuma perlukan sedikit sentuhan mata kail udang yang biasa berubah menjadi mata"maut".
●Apakah kelebihan menggunakan mata "maut"?
Mata "maut" memang banyak kelebihanya, saya sendiri telah lama menggunakannya terbukti berkesan hasilnya dan saya masih menggunakannya sehingga sekarang, udang lebih cepat sangkut berbanding menggunakan mata kail biasa, selain itu pada kebiasaanya bila memancing udang ni memang tak dapat dielakan daripada anak ikan duri, lundu dan belida dari memakan umpan yang kita pasang dan kebiasaan akan menelan mata kail, so terpaksa mengikat semula perambut dan banyak menghabiskan masa mengikat perambut baru dari memancing, apatah lagi jika korang memancing menaiki bot, dengan ruang yang terhad, ini sangat mengganggu dan membuang masa. Dengan menggunakan mata "maut" anak ikan yang memakan umpan tidak akan melekat pada mata "maut" ini kerana lengkungan mata yang telah diubah suai khusus dan sangat efektif digunakan untuk memancing udang galah.
Akhir kata daripada saya, Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!